Wednesday, December 22, 2010

cuti semester sudah hampir ke penghujungnye

title takde lagi skema. bulan Disember dah nak habis. tu bermakne cuti semester aku selame sebulan setengah pon nak habis dah. menyampah betol. sepatutnya 29hb ni aku dah kena balik kuantan. registration day 30hb. tapi aku plan nak balik 1hb Januari 2011. kahkahkah malas la balik awal. kelas start pun 4hb. nak wat mende dok kuantan lame lame ? buang duit je nanti. hahah maklumlah aku kaki jalan. tak boleh ade mase free sikit. mula lah kuantan di jelajah. hakhaktuih

cuti semester ni alhamdulillah aku buat something yang bermanfaat lah jugak. tak macam cuti semester sebelum ni. hampeh sungguh duduk rumah membesarkan badan pastu sendiri menyesal. cuti kali ni aku kerja ! bermanfaat tak ? hahah dah lame siot tak kerja part time macam ni. mula mula malas gak nak keje tapi bile fikir nanti habis cuti boleh mewah mewah dengan duit sendiri, dengan pantas nye aku cari keje. haha tak berape nak pantas la lepas seminggu start cuti baru aku start keje. and tak ramai pun yang tahu aku keje. kehkeh malas nak bagitau sebab nanti banyak soalan ditanya. keje ape ? kat mane ? bile start ? berape gaji ? hahah malas aku nak jawab banyak banyak kali. heh semua pun malas ape nak jadi ni -___-'

maybe last day aku keje 30hb. macam lewat sangat kan. tapi tak kesah lah. ade mase 1 hari nak packing barang. sempat kot. hmm tapi takde semangat lah nak hadap sem baru. senang kate MALAS. haha nak cuti lame lame !


Sunday, February 28, 2010

zaman sekolah ialah zaman kegelapan

tak jangan salah faham. bukan zaman kegelapan eropah itu yang aku maksudkan. haha ini zaman kegelapan lain. agak agak apekah ? jeng jeng jeng entry ni aku nak cerita pasal warna kulit bukan kulit ular tapi kulit aku. haha macam ape je. sebenarnya aku baru perasan betapa gelap nya ( okay kalau ko nak cakap hitam pun takpe ) muka aku masa zaman sekolah. tak sekarang pun aku masih gelap cuma masa zaman sekolah memang berganda ganda gelap nya. hahaha rasa macam nak sepak sepak je gambar gambar lama masa sekolah eiii geram.

perasaan ya-Allah-aku-orang-Afrika-ke ni bermula baru baru ni bila ramai kawan sekolah aku tagged gambar gambar lama dekat facebook. aku tak tahu nak sorok muka kat mane bawah meja dalam almari belakang pintu hmm entah lah. dashyat sungguh aku rasa. hahaha bakpe weii aku gelap sangat ?! nak kata dulu olahragawati sekolah yang selalu bersukan bawah cahaye matahari TAK JUGAK. nak kata berkebun TAK JUGAK. rupa rupa nya dulu aku selalu sunbathing. (?) haha -__-

Saturday, February 27, 2010

cuti mane yang tak pernah best ? tak de kan ?


hai aku suka cuti. sape tak suka cuti maaf lah kita bukan geng. hahah tak la, aku tak penah lagi jumpa orang yang tak suka cuti. aku kalau boleh nak cuti je sepanjang tahun. tapi apekan daya dalam mimpi pun aku tak kan dapat cuti sepanjang tahun. kan ? haha kesian. hari ni hari sabtu. semalam cuti Maulidur Rasul. jadi nye weekend ni cuti 3 hari. syok woahhh. even tak buat ape ape pun time cuti ni asalkan aku dapat mengadap lappy untuk online 24 hours aku rela weh rela. haha semalam memang hari paling best aku buang masa. ko tau aku hari rabu dan khamis test berderet memang macam nak bagi aku turun berat dua kilo tapi tak turun turun pon berat aku ni. makin berat ade la. eh tak boleh mengurut eh merungut sebab aku memang kuat makan pon. exercise jarang jarang kadang kadang. hahaha


tapi kadang kadang aku benci cuti. cuti yang mane ? ala cuti yang tak serupa cuti. maksudnye disini even cuti aku tetap kena mengadap buku buku dan segala nota. hmmphh luckily cuti 3 hari ni tak tergolong dalam cuti yang aku benci tu. next week memang free dari segala tests mahupun quizzes. jadi i keep all my books and notes away from me. goyang kaki sambil online makan snacks memang feeling nya sangat bagus. tak percaya ? aku tak tipu. :B

oh hari ni pulak aku rasa macam aku seorang je yang ada kat hostel aku. sunyi nye alahai. ramai yang balik. lepas tu ramai yang pergi camping dekat Taman Negara. lepas tu ramai yang kena pergi ekspo Broadband Launch dekat Pekan. so kalau ramai + ramai + ramai = berapa ? mesti lah tersangat ramai kan. lepas tu ( haihh banyak pulak lepas tu ) kedai makan semua pun nak tutup. tahu tak berapa susah nak lunch ? grr grr aku hanya berjaye makan pukul 6.30 petang. sadis je. kesian perut aku dah buat lagu crazy frog pegi bulan.
-__-"