Sunday, February 28, 2010

zaman sekolah ialah zaman kegelapan

tak jangan salah faham. bukan zaman kegelapan eropah itu yang aku maksudkan. haha ini zaman kegelapan lain. agak agak apekah ? jeng jeng jeng entry ni aku nak cerita pasal warna kulit bukan kulit ular tapi kulit aku. haha macam ape je. sebenarnya aku baru perasan betapa gelap nya ( okay kalau ko nak cakap hitam pun takpe ) muka aku masa zaman sekolah. tak sekarang pun aku masih gelap cuma masa zaman sekolah memang berganda ganda gelap nya. hahaha rasa macam nak sepak sepak je gambar gambar lama masa sekolah eiii geram.

perasaan ya-Allah-aku-orang-Afrika-ke ni bermula baru baru ni bila ramai kawan sekolah aku tagged gambar gambar lama dekat facebook. aku tak tahu nak sorok muka kat mane bawah meja dalam almari belakang pintu hmm entah lah. dashyat sungguh aku rasa. hahaha bakpe weii aku gelap sangat ?! nak kata dulu olahragawati sekolah yang selalu bersukan bawah cahaye matahari TAK JUGAK. nak kata berkebun TAK JUGAK. rupa rupa nya dulu aku selalu sunbathing. (?) haha -__-