Saturday, March 3, 2012

memandu.


assalamualaikum.
lima bulan yang lalu. sebuah kereta milik sekolah memandu hampir nak terbalik aku kerjakan ketika ingin membelok ke kiri. nasib baik tak cium kereta yang park kat tepi. tak guna. nak belok macam pelesit. asalnya nak pijak pedal brek, aku pijak pedal minyak. itu pasal jadi begitu. baru dua minggu lari dari kelas memandu, itu yang terjadi. kalau lari sampai sebulan, mungkin lubang kunci pun aku lupa kat mana. eh melampau.

kereta tertepek lambang si nerd, P memang selalu didiskriminasikan. memang selalu kena buli. apatah lagi dengan lambakan pemandu tak bertimbang rasa kat KL ni. sadis. drive berhemah sikit, kena jeling. hesitate masa nak memotong pun kena hon. eh dah kenapa la?! dah la kite ni penakut nak bawak kereta. nak tengok news pasal kemalangan pun tak berani. bila kamu kamu buli kite kat atas jalan, down lah kite. kite? memang mintak kaki ni.

dulu masa belum ada lesen, mana mana nak pergi pun, abang ayah. abang ayah. sekarang pun macam tak ada beza. haha nak pergi sendiri macam mana kalau direction jalan pun failed? tak guna. KL paling jauh pernah sampai pun Sogo. itupun balik dengan calar yang nice kat kereta ayah. syukur ayah tak bebel panjang sebab dia tahu anak dia masih newbie. haha tak kisah lah buta direction pun. kalau celik, memang jadi pelesit dan kutu rayau lah gamaknya.